Susu Lima Kupang (2025)
Nonton Film Susu Lima Kupang (2025) | REBAHIN
Nonton Film Susu Lima Kupang (2025) –
Cerekarama ini mengisahkan Zakaria (Aiman Badrul), seorang kanak-kanak sembilan tahun yang tinggal bersama ibu autistik (Trisha Ooi) dan neneknya (Farah Ahmad). Zakaria lebih rela menyendiri dan membantu neneknya daripada ke sekolah, kerana dia sering menjadi sasaran ejekan hanya disebabkan dibesarkan tanpa seorang ayah.
Zakaria mula menjaga seekor kambing bunting yang sering mengekorinya hingga ke sekolah, lalu menamakannya Maryam. Namun satu hari, Maryam merosakkan radio kesayangan ibunya, sehingga membuatkan ibunya mula meracau. Zakaria yang nekad mencari jalan penyelesaian, mendapat idea untuk menjual susu Maryam demi membeli radio baharu atas nasihat neneknya.
Proses tercetusnya idea untuk telefilem Susu Lima Kupang ni sangat unexpected,” ujar Janna Nick. “Ketika saya dan pihak produksi sedang berbincang di sebuah restoran mamak, saya ternampak poster susu kambing. Terus saya cakap, jom buat cerita pasal kambing. Dari situ kami mula bangunkan jalan ceritanya.”
Berkongsi cabaran sepanjang penggambaran, Janna mengulas, “Semua babak melibatkan kambing betul-betul menguji kesabaran saya sebab masa dan hari penggambaran sangat terhad, dan babak dengan kambing pula mengambil banyak masa. Ini juga kali pertama saya mengarah untuk produksi luar, jadi cabarannya bukan hanya dari segi teknikal, tapi lebih kepada kemahiran kepimpinan dan pengurusan orang. Saya belajar bagaimana untuk bekerja dalam bajet yang ditetapkan, namun masih ingin menyampaikan naskhah yang terbaik untuk penonton.”
Daripada cerita ini, saya harap penonton sedar bahawa dalam Islam, tiada anak haram. Yang haram adalah perbuatan, bukan manusia itu sendiri,” tambah Janna. “Saya juga mahu orang ramai lebih menghargai nikmat yang kita ada, dan tetap mencari kebahagiaan walaupun hidup dalam serba kekurangan.”
Pelakon Susu Lima Kupang dibarisi oleh Trisha Ooi, Aiman Badrul dan Farah Ahmad, yang masing-masing menghidupkan emosi dan lapisan karakter dengan mendalam. Berjayakah Zakaria mengumpul wang secukupnya? Dan sejauh mana seorang anak sanggup berkorban demi melihat senyuman ibunya kembali?
Jangan lupa untuk selalu cek Film terbaru kami di REBAHIN.






