Mantis (2025) 5.310
Trailer
Nonton Film Mantis (2025) Sub Indo | REBAHIN
Nonton Film Mantis (2025) – Mengisahkan tentang Lee Han-ul a.k.a Mantis (Im Si-wan), salah seorang assassin hebat yang bekerja di bawah organisasi ternama iaitu MK. Mantis cuba pujuk Chairman MK, Cha Min-kyu (Sul Kyung-gu) untuk revise contract dia supaya dia dapat bekerja dengan Jae-yi (Park Gyu-young). Tak sangka pula Min-kyu mati dibunuh sebelum Mantis dapat berbincang tentang kontraknya.
Selepas Min-kyu mati, MK juga hancur kerana kesemua pemegang saham tarik diri. Mantis berjumpa dengan bekas senior MK, Dok-go (Jo Woo-jin) untuk hidupkan kembali MK. Dok-go ajak Mantis bekerjasama dan menjadi perintis generasi baru tapi Mantis bertegas untuk buka syarikat dengan Jae-yi. Sejak remaja lagi Mantis ada perasaan terhadap Jae-yi tapi perasaannya tak pernah berbalas.
Dok-go nasihatkan supaya Mantis jauhkan diri dari Jae-yi tapi nasihatnya tak diendahkan. Akibatnya, Mantis ditinggalkan bersama syarikat yang tak boleh berkembang sementara Jae-yi menyinar di bawah syarikat milik Benjamin (Choi Hyun-wook).
Filem Mantis arahan Lee Tae-sung merupakan spin-off dari Kill Boksoon (2023) arahan Byun Sung-hyun dan sepertimana yang diharapkan oleh Dok-go, Mantis merupakan generasi baru dunia pembunuh upahan.
Walaupun filem Mantis adalah karya penulisan Byun Sung-hyun namun olahan agak jauh berbeza. Teknik penceritaan Kill Boksoon lebih menarik dan sarat dengan stunt action yang mendebarkan dan menarik sedangkan Mantis terkubur dengan konflik cinta yang tak berbalas. Betul lah apa yang Dok-go bagitahu, Mantis boleh pergi jauh dengan MK dari buang masa pertahankan Jae-yi.
Geram sangat bila tahu Boksoon adalah senior Mantis, protégé kepada Dok-go dan Cha Min-kyu tapi Mantis buang masa tidur atas sofa lepas kecewa dengan tindakan Jae-yi. No wonder lah penggambaran Mantis tak ambil masa yang lama pun untuk siapkan, rupanya filem ni lebih banyak buang masa dekat genre romantik daripada fokus dengan aksi.
Jangan lupa untuk selalu cek Film terbaru kami di REBAHIN.
Actors:Bae Gang-Hee, Choi Hyun Wook, Hwang Sung-bin, Jeon Do-yeon, Jo Woo-jin, Park Gyu-young, Sul Kyung-gu, Yim Si-wan, Yoo Su-bin
Directors:Lee Tae-sung






